Home » » VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

 
SET CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UTK IBU HAMIL

Saat yang paling indah bagi seorang ibu ialah semasa dia hamil. Pengalaman yang indah ini akan sentiasa dikenang-kenang sepanjang hayat. Namun, semua orang sudah sedia maklum bahawa ibu perlu berusaha untuk menjaga kandungannya dengan baik agar zuriat yang bakal dilahirkan sentiasa sihat. Antara langkahnya ialah dengan mengambil vitamin prenatal atau suplemen tambahan khas untuk ibu hamil. 

Antara sebab ibu hamil digalakkan untuk mengambil  vitamin prenatal ialah kerana :
- mampu mengurangkan risiko kecacatan yang mungkin dialami bayi ketika hamil
- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika bayi  lahir
- membantu ibu kekal untuk sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan.             

Tapi harus dingat bahawa mengambil makanan berkhasiat dan seimbang sepanjang kehamilan adalah kunci utama menjamin kandungan anda sihat. Bukan hanya mengambil vitamin dan kemudian mengamalkan pemakanan tidak seimbang sambil mengharap kandungan anda sihat. Salah sama sekali kerana hal itu tidak mungkin terjadi. Anda boleh merujuk kepada gambarajah di bawah untuk panduan pemakanan seimbang ketika hamil.


CADANGAN PEMAKANAN UTK IBU HAMIL

Antara contoh suplemen vitamin penting bagi ibu hamil :
  1. Iron - Berperanan dalam membantu pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.  *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Oleh itu, ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Asid Folik - Berfungsi untuk membantu perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Asid folik juga digalakkan untuk diambil sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kekejangan kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - Mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Namun harus waspada kerana ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kapsul kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga ditambah dengan  :
  1. Vitamin C 
  2. ESP

Ibu hamil juga harus berhati-hati. Anda tidak digalakkan untuk mengambil  makanan tambahan atau suplemen seperti berikut.

Tidak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa adalah sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction atau kelahiran pramatang.
  2. Vitamin A - vitamin A penting untuk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin. Anda dinasihatkan agar mengambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu dikawal. Sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil vitamin E semasa hamil.

Walau apapun, harus ditegaskan disini, pengambilan vitamin prenatal bukan jaminan bahawa tiada sebarang risiko kehamilan. Sebagai manusia kita harus berusaha sebaik mungkin. Selebihnya kita mesti berserah kepada Yang Maha Kuasa. Yang penting, sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan terlalu lebat, sekurang-kurangnya kita tidak sebasah orang yang langsung tidak berpayung. Betul kan?

P/s: Penggunaan set ibu hamil Shaklee ini tahan sehingga 4 bulan kecuali produk ESP.
      

Harap artikel ini memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog ini.

*rujukan :
  • vitaminsemulajadi.com
  • mamachrysalis.com
  • drzubaidi.com

0 comments:

Catat Ulasan

ORDER SEKARANG!

ORDER SEKARANG!

Popular Posts

Kami!

Live Traffic