Home » » Tips Kekal Langsing di Aidilfitri!

Tips Kekal Langsing di Aidilfitri!


Wah! 2 minggu lagi nak raya!

Tak lama lagi nak raya. Elok-elok puasa berat badan turun sikit, tiba je hari raya, terus badan naik mencanak. Bila timbang berat badan mula la nak nangis. Baju pun dah ketat-ketat. Risaunya kan.. Tapi, kalau tak makan banyak-banyak masa raya, rasa rugi pulak. Raya kan setahun sekali je!



Tapi, ada jugak kawan-kawan kita yang kita dengar berjaya mengekalkan berat badan malah ada yang berjaya turunkan berat badan selepas dua minggu hari raya berlalu. Kenapa, adakah kawan kita ni tak makan masa hari raya? Tapi, ruginya kalau dia tak makan masa raya kan. Masa ni la banyak makanan yang kita tak jumpa semasa hari-hari biasa tapi jumpa semasa hari raya.

Sebenarnya, ada beberapa tips yang berkesan jika diamalkan untuk kekal langsing dengan berat badan yang ideal. Tak semestinya kita kena berlapar, ikat perut dan tutup je mata semasa makanan dihidangkan. Sadis tu, malah tak menjamin pun kelangsingan kita.hehe..

Tips Langsing

Antara cara untuk kekal langsing di Aidilfitri ialah:

 1.  Kawal Nafsu Makan

Susah kan nak kawal nafsu makan? Saya setuju, tapi itulah harga yang perlu dibayar jika mahu sihat dan langsing. Sebelum pergi sembahyang raya tu, kita kena ambik dulu sarapan. Makanlah seadanya. Kalau ada kurma, eloklah ambik kurma. Dapat tenaga segera. Sarapan ni penting untuk mengelakkan kita daripada lapar melampau. Yang akhirnya akan menyebabkan kita makan berkali ganda apabila makanan dihidangkan tatkala beraya di rumah orang. Nak pulak makanan yang dihidangkan tu pulut lemang beserta rendang ayam. Memang berlipat-lipat kolestrol yang masuk.hehe.. Makan ikut keperluan , bukan ikut kemahuan ye.

2.  Minum air kosong dan makan buah-buahan

Satu lagi kita boleh selitkan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan fiber dan air putih. Sebabnya, minum air yang banyak dan makan buah-buahan yang berkhasiat dan kaya dengan fiber dapat memanjangkan rasa kenyang. Sebenarnya memanjangkan rasa kenyang ni penting untuk mengelakkan kita terlebih makan bila tuan rumah hidangkan makanan terutamanya makanan favourite kita. Bahaya tu!

3. Amalkan keseimbangan

Apabila menjelang petang, rasanya ramai antara kita yang tersandar kekenyangan akibat berkilo-kilo makanan yang masuk. Rendang ayam, rendang daging, ketupat, lemang, dodol dan banyak lagi makanan raya yang sedap-sedap. Jadi, jika kita mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sendiri setelah penat berhari raya, silalah berehat sepuasnya. Kemudian jika rasa lapar semula, kita kena lebihkan makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan. Barulah penghadaman dan pembuangan akan sempurna. Peace!


4. Ambil suplemen secara konsisten

Suplemen atau makanan tambahan penting untuk support sistem badan kita supaya sentiasa berada di tahap optimum. Ada orang guna suplemen untuk menambah baik tahap kesihatan. Tapi, suplemen juga boleh digunakan untuk membantu memberi kita berat badan yang ideal seterusnya sihat memanjang. InsyaAllah.

Shaklee ada produk terbaik yang membantu kita kekal langsing. Kelebihannya suplemen Shaklee ni semulajadi tanpa bahan kimia dan diyakini ramai. Jangan tak tahu bahawa dah ramai mereka yang berjaya kekal langsing dengan Shaklee. Takkan tak nak join mereka. Jangan tunggu lama-lama!


Set Kekal Langsing Shaklee

1. Cinch Shake

2. Lecithin

3. Alfafa


1. Cinch Shake

Dalam Cinch Shake terdapat protien soya. Protien sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 

Ha. Bab mengawal nafsu makan ni yang penting sikit. Kalau kena dengan gayanya, protien Cinch Shake boleh menahan kelaparan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Satu lagi, protein dapat membina otot. Otot ni pulak akan menaikkan kadar metabolisme tubuh kita dan seterusnya membakar kalori yang tidak diperlukan dalam tubuh.


2. Lecithin

Lecithin ni diekstrak daripada soya organik. Semasa diproses, soya-soya ni dibasuh dengan air bukannya alkohol. Kenapa? Sebab, soya yang dibasuh dengan alkohol boleh menyebabkan gangguan pada sistem badan seperti menyebabkan kanser. Satu lagi, kalau kita perasan, soya ni merupakan antara makanan utama dalam masyarakat Jawa dan Jepun yang dikaitkan dengan kebijakan.

Lecithin Shaklee berfungsi untuk memecahkan lemak dalam badan menjadi titisan kecik supaya mudah disingkirkan daripada badan. Jadi, bye-bye lemak degil!



3. Alfafa

Alfafa digelar sebagai 'Raja Segala Tumbuhan'. Wah! Kenapa gah sangat namanya tu? Memang gah pun. Senang citer, sape-sape yang makan alfafa secara konsisten, dia akan rasa tubuhnya dalam keadaan yang cantik. Contohnya, bagi mak-mak yang breastfeeding tapi kurang susu. Apabila mak-mak ni makan alfafa, bekalan susu untuk anaknya pasti akan meningkat. InsyaAllah.

Tapi jika kita guna sebagai agen pelangsingan, alfafa ni sangat-sangat membantu. Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan, terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfafa dapat menghapuskan lemak dan bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.



Ha. Begitulah alkisahnya tips-tips pelangsingan di Aidilfitri. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Pastu, jangan lupa untuk dikongsi-kongsikan.

Tetapi, jika anda teringin nak tahu dengan lebih lanjut tentang suplemen Set Kekal Langsing Shaklee, sila klik link berikut. Hubungi Saya

Bye-bye!







0 comments:

Catat Ulasan

ORDER SEKARANG!

ORDER SEKARANG!

Popular Posts

Kami!

Live Traffic