VITAMIN IBU MENGANDUNG

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL 




Alam kehamilan merupakan satu dunia baharu dalam hidup seorang wanita. Ianya umpama perjalanan yang dipenuhi pelbagai pancaroba. Pengalaman ini merupakan suatu kegembiraan yang disulami dengan rasa tanggungjawab untuk menjaga sebaik mungkin anak yang dikandung bermula dari dalam kandungan lagi. Didikan untuk anak boleh bermula semenjak dari dalam kandungan lagi. Antara caranya ialah:
 
1) Membacakan doa
Terdapat banyak doa yang boleh dibaca untuk anak dalam kandungan berdasarkan amalan dalam Islam. Antaranya ialah doa Nabi Zakaria a.s. yang tercatat dalam surah Al Imran ayat 38 yang bermaksud : "Wahai Tuhanku, kurniakaknlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohanan."

2) Membacakan Al-Quran
Al-Quran merupakan salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu, dengan membacakan Al-Quran kepada bayi yang dikandung akan mengundang keberkatan kepada kandungan itu sendiri. Jika para ibu mampu, cuba untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Namun, para ibu hamil juga boleh mengamalkan surah-surah tertentu dalam Al-Quran seperti Surah Fatihah, Surah Yusuf, Surah An-Nahl, Surah Luqman, Surah Maryam, Surah Insyirah dan beberapa surah lain.



3) Berbual-bual
Pada minggu ke 24, anak dalam kandungan sudah mampu mendengar bunyi-bunyian daripada luar rahim ibunya. Para ibu perlu ambil peluang ini dengan berbual-bual dengan bayi. Titipkan kata-kata yang positif dengan harapan anak yang dikandung akan terpengaruh dengan nilai murni. Dalam beberapa kajian terbukti anak yang selalu mendengar percakapan ibunya semasa dalam akan mempunyai minda yang cerdas selepas dilahirkan nanti. Antara contoh perbualan si ibu kepada si anak dalam kandungan ialah: "Adik, ummi hendak berwuduk. Kejap lagi ummi hendak menunaikan solat yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada semua manusia termasuk ummi, abi dan adik".

4) Menjaga tingkah laku
Telah terbukti bahawa tingkah laku ibu bapa semasa bayi dalam kandungan sangat mempengaruhi sikap bayi tersebut selepas dilahirkan. Sila kikis segala sikap dan perangai negatif ibu dan bapa dengan harapan anak yang dikandung akan meniru dan mencontohi sikap dan amalan terpuji ibu dan bapanya.

.  Apa sahaja pengalaman yang dialami, yang kekal hanya satu – iaitu kepuasan daripada pemberian kasih sayang dan penjagaan kandungan. Cabaran-cabaran mungkin tidak dirasai pada awalnya. Pada mulanya, hanya berasa letih, kekurangan tidur, kekeliruan dalam mengimbangi kehidupan baharu dan menangani pelbagai nasihat yang tidak diingini daripada pihak lain. Dengan bebanan tanggungjawab yang begitu berat, mungkin anda tertanya-tanya kenapa anda membuat keputusan untuk bergelar ibu. Tetapi itu hanya sementara sahaja. Bayi dalam perut anda akan membesar dengan cepat sekali tanpa disedari. Tidak lama lagi, akan sampai beberapa tanda yang menunjukkan anda sudah bersedia untuk melahirkan bayi yang dikandung.

Dalam usaha menjaga bayi dalam kandungan, disarankan para ibu hamil agar mengambil beberapa makanan suplemen yang berkualiti untuk kebaikan para ibu hamil itu sendiri dan khususnya anak yang dikandung. Dalam hal ini, Shaklee menawarkan produk-produk makanan suplemen yang berkualiti tinggi yang sesuai dalam membantu para ibu hamil.


Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan kepada ibu hamil ialah:







 


1) ESP –Energizing Soy Protein


Sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel, hormon dan enzim  dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Tidak ramai yang tahu bahawa protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Selain itu, ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Seterusnya, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.





2) Vita-Lea/Multivitamin



Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Dalam banyak testimoni, terbukti Vita-Lea meningkatkan paras HB dalam darah ibu yang hamil. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

3) Vitamin C Sustained Released



Membantu melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk pertumbuhan gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Adakah kita mampu makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu meningkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


4) B complex


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Hal ini demikian kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.








5) Ostematrix


Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Tiga faedah dalam satu pil..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Manakala vitamin D pula berfungsi untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Satu lagi kelebihan ialah Ostematrix tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Kalsium juga penting untuk membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium,ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Hal ini demikian kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka sistem tubuh bayi dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.



6) Omega Guard


Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan janin. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega  penting untuk pembentukan sel-sel neuron otak dan deria penglihatan bayi. Bagi ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.








Anda mahu cuba?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Fitriyati Hassan
Shaklee Independent Distributor [928663]
Contact No | whatsapp : 013-3007508
Facebook : https://www.facebook.com/MaryamEssentialHealthCare
Emel : fitriyatihassan@gmail.com
Laman web : http://ummimaryamsyuhada.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan

ORDER SEKARANG!

ORDER SEKARANG!

Popular Posts

Kami!

Live Traffic