Macam
mana nak turunkan berat badan tanpa susah-susah senaman? Kusut jugak
fikiran memikirkannya kan. Bila pandang je cermin terasa macam dah
kembang sikit. Baju-baju macam dah ketat. Tak taula kalau baju-baju tu
yang semakin mengecik.hehe.. Nak senaman, malas. Tapi kaalu buat
kerja-kerja rumah pun tak boleh dikira senaman jugak ke. Berpeluh jugak
tu sebenarnya kan.. Tapi bila mengenangkan ramai orang dah perasan
penambahan berat, terpaksa la kena fikirkan cara paling best dan sesuai
untuk turunkan berat.
Sebenarnya
kawan-kawan, konsep paling asas kalau nak kurangkan berat atau slim ni
ialah jaga pemakanan kita. Maksudnya kita kena kawal apa yang masuk dan
berapa banyak yang masuk dalam perut kita. Kalau kita makan makanan
berkalori tinggi, tapi kurang buat aktiviti fizikal yang lasak, memang
alamatnya semakin banyakla lemak yang terkumpul. Jadi, cara paling
terbaik ialah kurangkan makanan yang banyak kalori. Makan makanan yang
kurang kalori tapi berkala untuk diet yang smart.
Di
sini saya akan kongsikan beberapa jenis makanan yang telah terbukti
mampu menurunkan berat badan yang mungkin kita tak sedar pun. Tau-tau
dah slim.hehe..
1. Kacang Soya
Soya
memang terkenal sebagai makanan pelengkap. Ini mungkin kerana kandungan
protein yang tinggi dalamnya. Fakta yang perlu kita tahu ialah
kandungan protein yang tinggi mampu membuatkan kita rasa kenyang dengan
lebih lama. Maksudnya anda akan kurang makan dan menyelamatkan anda
daripada kalori berlebihan. Kalau kat Malaysia ni, antara produk popular
soya ialah tempe. Tapi jangan tak tau produk killer Shaklee iaitu ESP
(Energizing Soy Protein) diekstrak daripada soya berkualiti tinggi.
Perut kenyang lebih lama, kulit cantik dan energy boost. pm saya kalau
berminat! hehe..
2. Coklat Hitam
Bagi yang sedang berusaha untuk kurus, coklat hitam merupakan makanan ringan yang sesuai untuk anda kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah. Khasiat sekeping coklat hitam setanding dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi kita yang sedang berusaha mengurangkan berat badan. Satu lagi, coklat mampu memberi kita tenaga segera jika kita tak sempat untuk lunch.
3. Sayur-sayuran
Siapa-siapa disini yang kurang berminat makan sayur memang rugi. Kenapa? Sebabnya kalau anda nak tau, sayur tergolong dalam kumpulan makanan yang mampu menurunkan berat badan kita. Sayur mempunyai serat yang tinggi. Hal ini menyebabkan kita akan rasa kenyang dengan lebih lama. Kalori pun rendah. Cuma rebus atau tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit. (Kalau saya, saya lebih suka tumis dengan cili padi. Biar pedas-pedas sikit. Baru best!)
4. Almond (badam)

Bila
sebut almond, teringat la kuih almond london. Masa sekolah-sekolah dulu
memang suka dengan almond london ni. Coklatnya melimpah-limpah atas
almond tu.hehe.. Tapi tahukah anda kacang almond adalah sumber
yang baik jugak untuk serat dalam badan kita kerana ia membekalkan
protein dan lemak baik..Jadi, almond dapat memberi kita rasa kenyang
yang lebih lama.
5. Yogurt
Pernah dengar atau tengok iklan bliss yogurt nestle? Nampak sedap kan? Saya pun suka. Pantang gaji, mesti beli dengan suami. Kalau nak tau, yogurt ni memang bagus untuk kesihatan perut. Kerana mengandungi inulin yang menjaga kesihatan usus. Para pakar pemakanan menyatakan bahawa yogurt mengandungi kandungan protein, lemak dan karbohidrat yang mampu mengawal paras gula dalam darah seterusnya mengawal rasa lapar kita.
6. Telur
Telur goreng + nasi putih panas + kicap. Setuju tak kalau saya kata ini menu segera bagi kebanyakan orang kalau tak sempat nak masak? Simple tapi nikmat kan.hehe.. Tapi, saya nak highlight tentang telur. Dalam telur ada kandungan protein yang tinggi tapi mempunyai kalori yang rendah. Jadi telur mampu membuatkan kita menahan rasa lapar sehingga hidangan seterusnya.
7. Epal
Epal mengandungi serat yang banyak. Terutamanya epal yang bersaiz besar seperti epal Fuji. Selain itu, epal juga mengandungi bahan antioksidan yang tinggi yang berguna untuk menjaga kestabilan metabolisme tubuh.
8. Kacang kuda
Suami saya memang seorang penggemar kacang kuda. Pantang stok kacang kuda habis, esoknya komfom beli tambah. Pantang jumpa orang jual kacang kuda tepi jalan, mesti beli makan sambil drive. Tapi sebenarnya kacang kuda ni sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan. Sebabnya kacang kuda mengandungi kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi.
9. Kopi
Kopi bukan selalu dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan. Bagi penggemar kopi, terdapat banyak sangat kebaikan kopi. Antaranya, kafein dalam kopi mampu membantu membakar lemak dalam badan. Kesannya metabolisme badan akan meningkat dan mampu bertahan sehingga 4 jam. Bila metabolisme meningkat, kalori pun terbakar.
10. Buah-buahan Sitrus
Antara jenis buah-buahan sitrus ni ialah buah limau kasturi, lemon atau limau nipis. Buah-buahan sitrus ni bagus untuk mencepatkan lagi pelangsingan badan. Cukup dengan minum air buah-buah ni sekali sehari. Jadi, kawan-kawan boleh penuhkan peti sejuk masing-masing dengan buah-buah ni. Pastikan semasa penyediaan air buah citrus tersebut jumlah gula dikurangkan. Tapi, kalau tak ada gula terus dalam minuman adalah lagi bagus. Air buah sitrus ni dapat membantu mengikis lemak degil dan toksin yang ada dalam tubuh kita.
Semoga hidup kita lebih sihat dan hati bahagia. Selamat beramal!

0 comments:
Catat Ulasan